Tag

ujian

Browsing

Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan. Sebahagiaan kita menghabiskan masa berusaha untuk mencari kebahagiaan. Sebahagiaannya berjaya tetapi sebahagiannya pulang dengan kehampaan.

Tetapi apa sebenarnya erti sebuah kebahagiaan? Adakah dengan harta yang banyak? Isteri yang cantik baru hendak rasa bahagia? Kereta mewah dan jam tangan yang mahal serta pengikut yang ramai itu dikatakan bahagia?

Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menyebut bahawa indikasi kepada kebahagiaan seseorang hamba adalah

  • Apabila diberi nikmat dia bersyukur
  • Apabila diuji dia bersabar, dan 
  • Apabila melakukan kesalahan dia segera bertaubat (memohon keampunan)

Inilah 3 indikasi yang menjadi penentu kepada kebahagiaan seseorang hamba. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut bkan sahaja mendapat kebahagiaan di dunia, malahan kebahagiaan di akhirat.

Walaubagaimanapun, seseorang kehidupan seseorang hamba tidak akan ‘statik’ dengan ketiga-tiga ciri ini melainkan ia ada turun dan naik. Begitulah turun dan naiknya kedudukan darjat manusia dalam ketiga-tiga keadaan.

Hanif Majid

Hampir 3 bulan, rakyat Malaysia amnya terkurung di rumah atau terhad perjalanan mereka kerana Covid-19. Ada yang terpaksa berkerja dalam situasi yang mengancam nyawa. Ada yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri demi menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat. Ada pula sebahagian yang terpaksa berpisah dengan anak dan isteri kerana dipisahkan oleh sempadan yang tertutup rapat.

Ya!… Mereka menamakannya sebagai musibah. Musibah yang melandan semua kita, tanpa mengira beriman atau tidak. Musibah ada ganjarannya (pahala) dari Allah buat mereka yang bertakwa.

Dalam waktu-waktu begini ada yang mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain. Yakinlah kepada Allah, Zat yang Maha Perkasa, Dia sentiasa membantu kita. Jangan pernah mengeluh.

Saat ini ada sebahagian kita melihat kematian saudaranya, sahabat karibnya, kenalannya, mungkin juga ayah atau ibunya, mungkin juga isterinya bahkan ada yang kehilangan anak-anaknya akibat wabak yang melanda.

Inilah masanya kita merenung kembali amalan kita. Adakah pernah terbuat dosa. Jika jawapannya Ya, bertaubatlah. Sesungguhnya keampunan Allah itu seluas langit dan bumi.

Ada yang kesunyian dan kesedihan, banyak rutin yang terpaksa ditinggalkan. Yakinlah bahawa Allah senantiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Berceritalah kepadanya keluhan kita, bukannya menaip kata dan menitip doa di media sosial semata-mata.

Saat kita melihat orang yang susah, ada yang terpaksa meminta-minta. Jangan pernah menafikan hak mereka dalam harta kita. bersangka baiklah kerana diwaktu-waktu begini setiap orang memerlukan bantuan hanya jenisnya berbeza. Hulurkanlah tangan membantu. Yakinlah bahawa kemudahan yang kita berikan kepada orang lain akan dibalas dengan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT buat kita.

Kita telah melihat ramai yang kehilangan pekerjaan, ramai juga yang tidak mampu lagi mencari pendapatan seperti biasa akibat ter

kurung dan terhalang. Bersabarlah dengan dengan ujian ini. Apabila nikmat dunia yang selama ini dicari telah hilang, Yakinlah dengan kesabaran dan takwa kepada-Nya akan digantikan dengan nikmat akhirat yang sejuta kali ganda lebih baik untuk kita.

Usah mengeluh dengan dunia, ia tidak pernah kekal dan tidak akan kekal. Sedang Allah menjanjikan nikmat yang sebaik-baiknya di akhirat untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

Perbanyakan istighfar dan bertaubat kepada Allah, Semoga kita dapat berkumpul bersama-sama untuk mengecapi nikmat Allah di akirat nanti. Yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita.

Hanif Majid