Tag

keampunan

Browsing

Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan. Sebahagiaan kita menghabiskan masa berusaha untuk mencari kebahagiaan. Sebahagiaannya berjaya tetapi sebahagiannya pulang dengan kehampaan.

Tetapi apa sebenarnya erti sebuah kebahagiaan? Adakah dengan harta yang banyak? Isteri yang cantik baru hendak rasa bahagia? Kereta mewah dan jam tangan yang mahal serta pengikut yang ramai itu dikatakan bahagia?

Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menyebut bahawa indikasi kepada kebahagiaan seseorang hamba adalah

  • Apabila diberi nikmat dia bersyukur
  • Apabila diuji dia bersabar, dan 
  • Apabila melakukan kesalahan dia segera bertaubat (memohon keampunan)

Inilah 3 indikasi yang menjadi penentu kepada kebahagiaan seseorang hamba. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut bkan sahaja mendapat kebahagiaan di dunia, malahan kebahagiaan di akhirat.

Walaubagaimanapun, seseorang kehidupan seseorang hamba tidak akan ‘statik’ dengan ketiga-tiga ciri ini melainkan ia ada turun dan naik. Begitulah turun dan naiknya kedudukan darjat manusia dalam ketiga-tiga keadaan.

Hanif Majid