Tag

haji

Browsing

Mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dua tanah haram (makkah dan Madinah) tentunya tidak dapat memahami perasaan orang-orang yang telah melalui pengalaman tersebut.Suka dan duka pasti ada. Biar suka atau duka, diakhirnya nanti setelah pulang, yang tinggal hanyalah kegembiraan dan senyuman. Itulah nilainya pengalaman.

Tahun 2020, sememangnya mencabar, ramai rakan-rakan yang menguruskan jemaah umrah terkesan dengan situasi pandemik yang masih belum nampak untuk reda.begitu juga bagi mereka yang sekian lama menanam azam untuk menunaikan haji dan umrah.

Jangan kecewa kerana niat dan azam itu sudah termasuk dalam ibadah yang beroleh pahala seperti dalm sebuah hadits Qudsi yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda, Allah Ta’ala berfirman:

فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً

“Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya (kerana keuzuran), maka Allah SWT menulis kebaikan itu disisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna untuknya”. (hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Insyaa Allah jika tidak di tahun ini. Allah akan mempermudahkan di tahun yang akan datang. Apa pun, yang paling penting, yang ingin dikejar dan paling diidam-idamkan adalah ganjaran pahala mengerjakannya. Macam mana nak kejar pahala tersebut dalam situasi ini?

Ingatlah sabda Nabi ﷺ

:مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

“Siapa yang solat subuh berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga matahari terbit yang dilanjutkan dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” (hadits hasan, riwayat Tirmidzi: 535)

Kaki kita mungkin tak dapat memijak tanah yang penuh dengan keberkatan. Tetapi jangan biarkan peluang yang Allah sediakan ini dipersia-siakan. Teruskan berdoa, semoga Allah SWT mengangkat wabak ini dan memberikan kita peluang untuk menjejakan kaki ke tanah suci yang mulia itu.